Friday, 29 November 2013

Susu Ibu: Penyusuan Eksklusif 6 Bulan Pertama

Teks ini dipetik daripada teks penuh.

Sumber: http://susuibu.com/v2/penyusuan-ibu-eksklusif-enam-bulan-pertama-mingguan-malaysia-4-september-2005/


Menurut Pakar Perunding, Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, sungguhpun sudah ada kesedaran di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi mereka tetapi ternyata ia tidak mencukupi.
“Paling penting, mereka perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,” ujar Dr. Jamiyah.
Jelas beliau, penyusuan eksklusif ini bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak).
Makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas.
Lebih baik lagi, jika ibu-ibu dapat meneruskan susuan ke atas bayi mereka sehinggalah bayi meningkat dua tahun.
Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” – Surah al-Baqarah.
“Teknik menyusukan bayi juga perlu betul kerana jika tidak ia boleh melukakan puting buah dada dan membuat ibu serik menyusukan anaknya,” ujar Dr. Jamiyah lagi.
Cara yang betul ialah dengan memasukkan puting dan sebahagian kawasan gelap buah dada ke dalam mulut bayi. Puting akan terluka jika dihisap pada pangkal puting sahaja.
“Sebenarnya ibu boleh memilih gaya mana yang mereka selesa untuk menyusukan bayi, duduk atau baring mahupun lain-lain posisi. Apa yang pasti proses penyusuan itu mewujudkan satu hubungan yang akrab penuh kasih sayang antara ibu dan anak-anak.”
Proses pengeluaran susu
Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.
Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.
Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.
Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.
Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.
Kata Dr. Jamiyah lagi, yang penting ibu mestilah berasa seronok dan positif untuk menyusukan bayinya.
Selepas tempoh dua bulan, ibu yang kembali bekerja masih boleh terus menyusukan bayinya.
Mereka boleh menyimpan perahan susu dalam peti sejuk (bahagian dingin beku) beberapa bekas untuk kegunaan bayi dan boleh juga membuat perahan yang sama di pejabat.
Beliau juga memberitahu, apa yang penting ibu juga perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan makan makanan seimbang.
Dr. Jamiyah juga menambah, walaupun seseorang itu sakit atau menghidap sesuatu penyakit, dia juga layak menyusukan bayinya.
Pesakit HIV positif dan pesakit barah yang dalam rawatan tidak dibenarkan menyusukan bayi kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan bayi.
Tolak tanggapan negatif
Beliau juga menolak tanggapan yang mengatakan ibu yang menyusukan bayinya akan menyebabkan buah dadanya melendut atau jatuh.
Sebaliknya mereka akan mendapati buah dadanya elok asalkan mengenakan coli yang betul dan bersesuaian. Apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif.
Apa yang penting ibu perlu sentiasa menjaga pemakanan mereka dan kebersihan dari awal mengandung sehinggalah bayi dilahirkan dan seterusnya.
Seperkara lagi banyak kaedah dan tip boleh diberikan kepada mereka yang baru mula menyusukan bayi mereka.

“Saya berharap ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Istilah susu kering atau apa sahaja, insya-Allah semuanya boleh diatasi. Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu ini,” ujar Dr. Jamiyah.

Thursday, 21 November 2013

Susu Ibu: Jenis dan Kepentingannya


Teks ini diolah semula.




Susu badan ibu terbahagi kepada 2 jenis, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan).
Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa manakala hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.
Semasa bayi kita mula menyusu, bayi kita akan mendapat susu awal iaitu foremilk yang agak cair yang mana mengandungi air yang banyak, kurang lemak, serta tinggi karbohidrat. Susu ini berperanan menghilangkan dahaga.
Pada akhir penyusuan, bayi kita akan mendapat susu yang lebih pekat iaitu hindmilk yang sangat mengenyangkan yang mengandungi kurang air dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan penting untuk memberikan tenaga dan untuk tumbesan bayi.
Bayi perlu mendapatkan kedua-dua jenis susu. Ini kerana, sekiranya kurang foremilk dan lebih hindmilk, akan menyebabkan bayi mengalami penyahhidratan (dehydration). 
Sekiranya bayi minum lebih foremilik, tetapi kurang hindmilk, maka bayi tidak kenyang dan pembesarannya terbantut.
Oleh itu, susukan bayi menggunakan sebelah payu dara sahaja pada satu-satu masa. Proses penyusuan ini perlu melebihi 10 minit.
Jenis-jenis Susu Ibu:


  1. Colostrum
    Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan sehingga seminggu atau lebih. Ia berwarna pekat kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir.

  2. Transitional
    Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
  3. Susu matang
    Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).

Selamat menyusukan bayi kita!

Wednesday, 20 November 2013

Baju Kurung Amni Junior



Kod Item: KAJ001(*SAIZ)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
Mempunyai poket.
SAIZ: 6M/1Y/2Y
Harga RM 55 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Juga boleh dibeli bersama baju kurung ibu.

Kod Item: KAJ002(*SAIZ)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
Mempunyai poket.
SAIZ: 6M/1Y/2Y
Harga RM 55 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Juga boleh dibeli bersama baju kurung ibu.

Dress Naurah Junior

Kod Item: DNJ001(6M)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
Saiz: 6M
Harga RM 55 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Juga boleh dibeli bersama baju kurung ibu.


Kod Item: DNJ002(1Y)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
Saiz: 1Y
Harga RM 55 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Juga boleh dibeli bersama baju kurung ibu

Kod Item: DNJ003(1Y)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
Saiz: 1Y
Harga RM 55 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Juga boleh dibeli bersama baju kurung ibu.


Baju Kurung Amni (Sesuai Untuk Nursing)




Kod Item: KABP001(*SAIZ)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
Saiz: S/M
Mempunyai poket.
Sesuai untuk nursing
Harga RM 145 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Juga boleh dibeli dengan Baju Kurung Amni Junior (Saiz 6M/1Y/2Y)



 Kod Item: KABG002(*SAIZ)

Material: High Quality Cotton Gred AAA
Saiz: L/XL
Mempunyai poket.
Sesuai untuk nursing
Harga RM 145 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Juga boleh dibeli dengan Baju Kurung Amni Junior (Saiz 6M/1Y/2Y)



Jubah Naurah (Sesuai Untuk Nursing)

Kod Item: JN001(M)

Material: High Quality Cotton Gred AAA
A Cut
Mempunyai poket.
Sesuai untuk nursing.
Harga RM 145 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Saiz: M
*Juga boleh dibeli bersama dress Naurah Junior (Saiz: 1Y)


Kod Item: JN002(L)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
A Cut
Mempunyai poket.
Sesuai untuk nursing.
Harga RM 145 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Saiz: L
*Juga boleh dibeli bersama dress Naurah Junior (Saiz: 1Y)


Kod Item: JN003(XL)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
A Cut
Mempunyai poket.
Sesuai untuk nursing.
Harga RM 145 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Saiz: L
*Juga boleh dibeli bersama dress Naurah Junior (Saiz: 6M)


Kod Item: JN004(M)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
A Cut
Mempunyai poket.
Sesuai untuk nursing.
Harga RM 145 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Saiz: M


Kod Item: JN005(L)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
A Cut
Mempunyai poket.
Sesuai untuk nursing.
Harga RM 145 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Saiz: L


Kod Item: JN006(M)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
A Cut
Mempunyai poket.
Sesuai untuk nursing.
Harga RM 145 (termasuk pos)
Saiz: M
Sabah/Sarawak: tambah RM3


Kod Item: JN007(M)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
A Cut
Mempunyai poket.
Sesuai untuk nursing.
Harga RM 145 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Saiz: M 


Kod Item: JN008(L)
Material: High Quality Cotton Gred AAA
A Cut
Mempunyai poket.
Sesuai untuk nursing.
Harga RM 145 (termasuk pos)
Sabah/Sarawak: tambah RM3
Saiz: L

Tuesday, 19 November 2013

Susu Ibu: Khasiat Untuk Anak Kebaikan Untuk Ibu





Apabila kita menyusukan anak menggunakan susu kita (susu ibu), kita sebenarnya memberikan bayi semua yang diperlukan untuk membesar dalam enam bulan pertama hidupnya.

Susu ibu membantu bayi kita melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama hidupnya. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari, dan jangkitan telinga.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat asma mahupun ekzema. Ia juga mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

Selain antibodi dalam susu kita, badan kita berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik sahaja kita terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu kita, dan disalurkan kepada bayi sebaik sahaja bayi kita menyusu.

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi perkembangan otak bayi. Apabila bayi minum susu ibu pada bulan-bulan pertama, ini akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi kita. Secara teori, ini bermakna memberi susu badan, membuatkan bayi kita menjadi lebih pintar.

Kita juga mendapat kebaikan dengan menyusukan bayi kita. Tindakan ini mengurangkan risiko kita mendapat kanser payu dara pra-menopaus, kanser ovari, dan retak tulang kesan daripada osteoporosis.

Daripada sudut praktikal pula, satu faedah besar penyusuan badan adalah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril ataupun disediakan. Kita dan bayi kita gembira melakukannya. Malah hubungan akrab akan terbina antara kita dan bayi kita.

Sebagai ibu, kita akan merasa puas melihat dia membesar dan berkembang disebabkan usaha kita.
 
Marilah berusaha bersama-sama. 



___________
PM NA BY NA untuk sebarang pertanyaan tentang produk yang dijual.