Rujukan:
babycenter.com dan susuibu.com
Foto:
susuibu.com
Apabila
kita menyusukan anak menggunakan susu kita (susu ibu), kita
sebenarnya memberikan bayi semua yang diperlukan untuk membesar dalam
enam bulan pertama hidupnya.
Susu
ibu membantu bayi kita melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama
hidupnya. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi
anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis),
selesema, infeksi urinari, dan jangkitan telinga.
Susu
ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat asma mahupun ekzema. Ia
juga mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti
kencing manis kanak-kanak dan leukemia.
Selain
antibodi dalam susu kita, badan kita berfungsi menghasilkan
antibodi-antibodi baru sebaik sahaja kita terdedah kepada infeksi.
Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu kita, dan disalurkan kepada
bayi sebaik sahaja bayi kita menyusu.
Susu
ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk
membantu bayi perkembangan otak bayi. Apabila bayi minum susu ibu
pada bulan-bulan pertama, ini akan memperbaiki perkembangan kognitif
bayi kita. Secara teori, ini bermakna memberi susu badan, membuatkan
bayi kita menjadi lebih pintar.
Kita
juga mendapat kebaikan dengan menyusukan bayi kita. Tindakan ini
mengurangkan risiko kita mendapat kanser payu dara pra-menopaus,
kanser ovari, dan retak tulang kesan daripada osteoporosis.
Daripada
sudut praktikal pula, satu faedah besar penyusuan badan adalah ianya
sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril ataupun
disediakan. Kita dan bayi kita gembira melakukannya. Malah hubungan
akrab akan terbina antara kita dan bayi kita.
Sebagai
ibu, kita akan merasa puas melihat dia membesar dan berkembang
disebabkan usaha kita.
Marilah berusaha bersama-sama.
___________
PM NA BY NA untuk sebarang pertanyaan tentang produk yang dijual.

No comments:
Post a Comment