Teks
ini diolah semula.
Sumber
fakta dan foto:
http://sajirahazlan.blogspot.com/2010/05/jenis-jenis-susu-ibu.html
Susu
badan ibu terbahagi kepada 2 jenis, iaitu foremilk (gambar
kiri) dan hindmilk (gambar
kanan).
Foremilk
berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa manakala hindmilk
kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.
Semasa
bayi kita mula menyusu, bayi kita akan mendapat susu awal iaitu
foremilk yang agak cair yang mana mengandungi air yang banyak, kurang
lemak, serta tinggi karbohidrat. Susu ini berperanan menghilangkan
dahaga.
Pada
akhir penyusuan, bayi kita akan mendapat susu yang lebih pekat iaitu
hindmilk yang sangat mengenyangkan yang mengandungi kurang air dan
lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan
penting untuk memberikan tenaga dan untuk tumbesan bayi.
Bayi
perlu mendapatkan kedua-dua jenis susu. Ini kerana, sekiranya kurang
foremilk dan lebih hindmilk, akan menyebabkan bayi mengalami
penyahhidratan (dehydration).
Sekiranya bayi minum lebih
foremilik, tetapi kurang hindmilk, maka bayi tidak kenyang dan
pembesarannya terbantut.
Oleh
itu, susukan bayi menggunakan sebelah payu dara sahaja pada satu-satu
masa. Proses penyusuan ini perlu melebihi 10 minit.
Jenis-jenis
Susu Ibu:
- ColostrumTerhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan sehingga seminggu atau lebih. Ia berwarna pekat kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir.
- TransitionalCair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
- Susu matangLebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).
Selamat
menyusukan bayi kita!

No comments:
Post a Comment